Gordon Andrew Stewart

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports mengumumkan pelantikan Gordon Andrew Stewart sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Operasi Lapangan Terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober.

Gordon mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, kereta api dan teknologi maklumat.

Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Projek Global di DAA International, sebuah kumpulan pengurusan lapangan terbang global, perundingan dan pelaburan yang beribu pejabat di Dublin, Ireland.

Kumpulan itu menguruskan lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia termasuk di Eropah dan Timur Tengah.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood berkata, Gordon membawa bersama pengalaman penting dalam sektor penerbangan dan industri gabungan.

“Gordon menyertai kami pada persimpangan penting dalam perjalanan pertumbuhan strategik Malaysia Airports, sambil kami menggandakan usaha untuk membawa operasi perniagaan teras ke peringkat seterusnya.

“Saya yakin beliau akan membantu dalam mengemudi kami ke arah kecemerlangan operasi yang inovatif dan mampan dalam usaha kami untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan.

Pengalaman Gordon termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan di Maldives Airports Company Limited.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Bahrain Airport Company, British Airports Authority, First ScotRail, Bombardier Transportation, Compaq dan IBM.

Gordon memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Kejuruteraan Sistem Perindustrian dan Pembuatan dari University of Paisley, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, Major dalam Strategi dari University of Strathclyde, United Kingdom.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast