Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) masih lagi memainkan isu dengan memutar belit seolah UMNO melanggar keputusan ‘No DAP, No Anwar dan No PPBM’.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka tahu tetapi buat-buat lupa bahawa keputusan dasar itu dibuat dalam Perhimpunan Agung parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 28 Mac 2021.

Katanya, keputusan itu buat untuk UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian.

“Selepas keputusan PRU15 pada 20 November 2022 keluar, Allah mentakdirkan tiada siapa yang boleh membentuk kerajaan persekutuan.

“Lalu, Yang di-Pertuan Agong menggunakan kebijaksanaan baginda menitahkan ketua-ketua parti mengadap.

“Semua 19 parti akur untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH), hanya satu satu parti iaitu PN yang tolak,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Jelas Dr. Asyraf, UMNO melalui mesyuarat MKT pada 23 November memutuskan untuk akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan menarik balik keputusan lama ‘No DAP, No Anwar dan No PPBM’.

“Selain itu, kita meletakkan empat syarat utama termasuk kedudukan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu tidak diganggu-gugat,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. ALLAH AKAN TURUNKAN BALASAN AZAB PADA GOLONGAN MUNAFIKUN…..NERAKA PALING BAWAH SEKALI….DUNIA BAHAGIA DI AKHIRAT MERANA

  2. ASYRAF BUAT2 LUPA ….10 SEBAB UMNO TIDAK BOELH BERSAMA DAPIGS….video ASRAF
    RAFIZI MUNAFIK….saya orang pertama menentang pakatan umngoK ANWAR munafik..hoi ya hoi TIADA KERJASAMA wpun seinci dengan PARTI dan pemiimpin PENYAKAU PERASUAH

  3. marah amat sangat Asyraf kat PN kata UMNO ucap No ANWAR No DAP No PBBM.. yang kau ucap kalau tak nak kiamat cepat jangan undi KEPIMPINAN ISLAM dan mengayuh kata memburuk jika undi PAS masuk syurga tu ok ke??? agak-agak la bro….

Comments are closed.