BERA – Kerajaan telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dalam memperoleh data lengkap pelarian yang terdapat di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data tersebut akan memudahkan proses pengurusan pelarian terbabit sebelum mereka dipindahkan ke negara ketiga.
“Saya berada di Washington minggu lepas untuk bertemu dengan Pesuruhjaya UNHCR, dan pada prinsipnya UNHCR bersedia untukmemberikan perkongsian data dengan kita,” katanya selepas merasmikan Depot Imigresen Kemayan, di sini, hari ini.
Menurut Saifuddin, data UNHCR menunjukkan pelarian di negara ini kini mencecah 109,000 orang berbanding data yang dijana pihak ketiga lantikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang memaparkan hampir 40,000 orang pemegang kad UNHCR.
Tambah beliau, perbezaan angka itu sangat signifikan dan pemerolehan data daripada UNHCR
Sementara itu, Saifuddin memberitahu, pembinaan depot tahanan yang menempatkan seramai 499 tahanan lelaki, 112 tahanan perempuan dan 25 kanak-kanak itu berada dalam Fasa 2 dan ia dijangka siap pada 30 April 2025.
“Sebelum ini, kapasiti maksimum tahanan adalah seramai 450 orang. Dengan fasiliti baharu ini, kapasiti tahanan telah bertambah kepada 950 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 89 orang buat masa ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, tidak berlaku kesesakan tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di semua depoh tahanan di seluruh negara.
Setakat 28 September lalu, katanya, JIM merekodkan seramai 11,342 orang tahanan semasa di depot imigresen seluruh negara dan seramai 46,150 tahanan telah dihantar ke negara asal. – MalaysiaGazette