TOKYO – Jepun memulakan pusingan kedua pelepasan air sisa tercemar nuklear daripada Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
Walaupun kebimbangan dan penentangan semakin meningkat dalam kalangan nelayan tempatan serta negara lain, pelepasan bermula sekitar 10.30 pagi waktu tempatan, menurut Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji tersebut.
TEPCO berkata, ia merancang untuk melaksanakan pelepasan selama 17 hari bagi melepaskan 7,800 tan air sisa radioaktif.
Katanya, jumlah itu sama seperti pelepasan pertama yang berakhir pada 11 September lalu. – Agensi