Kuil musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Kuari Rawang Tin, Gombak.Ihsan Bomba Selangor

GOMBAK – Sebuah kuil musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Rawang awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPN) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan awam mengenai kebakaran itu pada jam 1.23 pagi tadi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota bomba dan jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah digerakkan ke lokasi kebakaran itu di Kuari Rawang Tin.

“Sejurus tiba di lokasi, pemerhatian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kuil berkeluasan 20×40 kaki persegi terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.

Keadaan sebuah lori tiga tan dalam kebakaran rumah ibadat di Kuari Rawang Tin, Gombak awal pagi tadi.Ihsan Bomba Selangor

Tambah beliau, sebuah lori muatan tiga tan turut  terbakar 30 peratus di sebelah kanan bahagian kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun, anggota kami berjaya mengawal sepenuhnya api berkenaan pada jam 1.34 pagi dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.46 pagi.

“Pemeriksaan lanjut pasukan di lokasi mengesahkan kebakaran tidak melibatkan mangsa,”katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jumlah penduduk orang2 berbangsa India di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan jumlah penduduk berbangsa India di UK. Tapi kalau kita kesana memang susah nak jumpa kuil2 hindu berbanding dinegara ini yang dikatakan jumlahnya melebihi jumlah masjid2 yang ada.

    Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan undang2. Natizen cadangkan supaya mana2 yang dibina secara tidak sah, dibina atas tanah2 kerajaan secara haram perlulah dipindahkan dengan segera.

    Hormatilah undang2, rukun negara dan perlembagaan negara, peace.

Comments are closed.