Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan beliau ada terlibat dalam sebarang promosi produk kesihatan atau pelaburan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan dan menghindarkan diri daripada membeli produk kesihatan tersebut.

“Video yang sedang tular lengkap dengan audio yang mirip suara saya dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini tular di media sosial video berdurasi satu minit 50 saat yang memaparkan wajah Dr. Zulkifli.

Video berkenaan mempromosikan ubat untuk menyembuhkan tekanan darah tinggi kepada penggunanya.

Bagaimanapun, pautan yang disertakan dalam video berkenaan didapati sudah tidak menjual barangan kesihatan tetapi lebih kepada produk kecantikan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast