R. Mailvagnam

BENTONG – Polis sedang mencari seorang warga emas berusia 91 tahun yang dilaporkan hilang selepas membeli makanan tengah hari di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, R. Mailvagnam gagal dikesan dan warisnya membuat laporan polis pada 4 Oktober lalu.

“Kali terakhir mangsa dilihat pada 2 Oktober lalu di mana anaknya telah membawa mangsa membeli barang keperluan dan makanan serta telah menghantar kembali ke rumah pada pukul  12 tengahari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru Zaiham memohon orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi bilik gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis  berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan. – MalaysiaGazette