KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyifatkan proses perolehan rundingan harga di RTM bagi syarikat pengedar tempatan bagi program luar negara (syndicated program) sudah tidak relevan masa kini.

Tidak cukup dengan surat pengesahan dari pengedar asing yang telah memberi kebenaran kepada pengedar tempatan sebagai bukti.

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mendakwa RTM mengenakan syarat wajib menuntut butiran syarikat pengedar asing sebelum sesi rundingan harga boleh dilaksanakan.

Tidak cukup dengan surat pengesahan dari pengedar asing yang telah memberi kebenaran kepada pengedar tempatan sebagai bukti.

Campur tangan RTM selaku penyiar kerajaan menghubungi terus syarikat pengedar asing, mengeruhkan lagi keadaan kerana memberi ruang kepada pengedar asing tidak mahu menurunkan harga tawaran kepada pengedar tempatan, katanya.

Tambahnya, dalam masa yang sama, panel rundingan harga RTM menindas syarikat pengedar tempatan melalui sesi rundingan harga untuk menurunkan harga secara “Paksa Rela yang tiada pilihan”, sekiranya tidak mahu hilang peluang melesenkan kandungan yang ditawarkan kepada RTM.

“Keadaan bertambah lebih keruh lagi apabila sesi rundingan harga gagal dipersetujui oleh panel rundingan harga RTM dan pengedar tempatan tiada pilihan menandatangi persetujuan untuk tidak meneruskan rundingan seakan tidak perihatin untuk mengurangkan harga.

“Secara amnya menjejaskan hubungan baik perniagaan di antara syarikat pengedar tempatan dengan syarikat pengedar asing yang telah dihubungi oleh RTM.

“Setelah meneliti, mengkaji dan membuat perbandingan isu yang telah berlaku melalui aduan yang telah dibuat oleh syarikat pengedar tempatan kepada PFM,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

PFM berkata, seharusnya penambahbaikkan rundingan harga RTM wajar dilakukan secara telus melalui tawaran rasmi pengurangan harga oleh RTM seperti dilaksanakan oleh penyiar yang lain.

Bukan mengikut suka hati dan perasaan panel rundingan yang menurunkan harga tanpa asas dalam pengurangan harga tawaran semasa sesi rundingan harga dibuat.

Dakwanya, gaya mengugut syarikat pengedar tempatan semasa rundingan adalah tidak wajar sama sekali.

Alasan yang digunakan untuk membatalkan runding harga sangat remeh dan menjejaskan keupayaan RTM sendiri untuk memperolehi kandungan luar negara yang baik.

“Mengapa perlu memanggil syarikat pengedar tempatan untuk runding harga, hanya untuk membatalkannya atas sebab teknikal, sebelum rundingan harga bermula.

Sebelum ini juga telah berlaku pembatalan melesenkan kandungan yang melibatkan beberapa syarikat pengedar tempatan, walaupun telah mencapai persetujuan dalam sesi rundingan harga.

Ini bermaksud rundingan harga yang telah dipersetujui oleh RTM, betul tentu perolehan akan berjaya. Sedangkan pengedar tempatan telah membeli kandungan program luar negara dan hanya merugikan sebelah pihak sahaja.

Jelasnya, kebergantungan RTM kepada portal iMDB adalah sesat kerana maklumat di internet boleh menjadi salah dan tidak tepat.

“Mengapa menilai tajuk berdasarkan Wikipedia atau iMDB sedangkan pengeluar/pengedar asing telah pun mengesahkan fakta dalam tawaran. Mengapa menimbulkan keraguan sehingga mengelirukan semua pihak yang terlibat?,” soalnya.

Sehubungan dengan perkara di atas, berkaitan kontrak perjanjian RTM bagi kandungan luar negara (syndicated program) tidak sehaluan seperti mana yang ditawarkan semasa rundingan harga dibuat, merujuk kepada surat kebenaran siaran dari syarikat pengedar asing (principal) yang hanya memberi kebenaran/melesenkan untuk siaran platform Digital Terrestrial Free TV percuma dalam negara dan tidak termasuk platform yang menggunakan internet seperti Internet TV, Website dan OTT yang boleh dicapai oleh penonton dari luar negara secara percuma.

Secara langsung ianya menggagalkan penjanjian wilayah siaran (territory) dengan negara-negara lain, merujuk kepada kontrak penjanjian RTM (syndicated program) yang baru, katanya.

Perkara ini perlu dikaji semula bagi menghormati perjanjian siaran (right territory) yang telah dipersetujui oleh pengedar asing kepada pengedar tempatan dan pengedar tempatan melesenkan kepada RTM melalui perjanjian yang seimbang dengan kebenaran siaran.

PFM berharap RTM dapat membuat penambahbaikkan pada kontrak perjanjian RTM bagi kandungan luar negara (syndicated program) pada masa akan datang dan semua perkara ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Oleh itu, PFM memohon keperihatinan Fahmi Fadzil selaku Menteri Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dalam isu ini dan PFM sebagai pemegang taruh industri bersedia untuk berbincang atau bertukar pandangan serta pendapat bagi mengatasi isu ini. Demi menjaga kepentingan penjimatan duit rakyat yang digunakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast