KUALA LUMPUR – Memiliki disiplin yang tinggi menjadi rezeki buat penyanyi dan pelakon, Wanna Ali.
Kini beliau dilantik menjadi duta kecantikan pada kali pertama bagi produk Millefleur iaitu produk rangkaian penjagaan kulit dikeluarkan dalam bentuk serum.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, pemilihan selebriti berusia 25 tahun itu turut mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, pihaknya juga yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.
“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
“Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan video muzik,” katanya pada majlis pengenalan duta produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum di sini semalam.
Mula bertapak dalam industri seni sebagai penyanyi, Wanna memilih genre pilihannya iaitu R&B dan jazz namun ia sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.
Bagaimana Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali yang pernah popular dengan lagu Lepaskan kini lebih selesa memilih untuk aktif di bidang lakonan ketika ini di mana ia adalah jalan terbaik untuk kerjaya seninya.
Mengulas lanjut, Wanna turut berkongsi kebaikan dari Millefleur yang memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
‘’Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
‘’Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata bagus kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya bersetuju untuk menjadi duta,” jelasnya.
Sementara itu, dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq.
Pengguna bertuah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 untuk saguhati sehingga RM2,000 sebagai hadiah pertama. – MalaysiaGazette