Artis-artis yang mengambil bahagian pada pertunjukkan fesyen Warisan Navarasa di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 penampilan menakjubkan hasil daripada 11 pereka fesyen yang terinspirasi dengan pelbagai budaya Malaysia dipertontonkan kepada orang ramai pada pertunjukkan fesyen Warisan Navarasa di Kompleks Kraf di ibu negara, hari ini.

Program anjuran Bkay Nair Resouces (BNR) yang berlangsung beberapa hari menghimpunkan peminat fesyen, artis dan penggemar budaya untuk meraikan warisan Malaysia.

“Saree Malaysia yang dihasilkan dengan teliti daripada batik, songket dan sutera Malaysia menjadi lambang mendalam terhadap warisan budaya Malaysia.

“Ciptaan ini tidak hanya mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya negara ini, tetapi juga berperanan sebagai medium ekspresi seni,” kata Pengarah Bkay Nair Resources, Bkay Nair menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pertunjukan fesyen Warisan Navarasa bukan sahaja untuk mempromosikan kelestarian budaya tetapi juga memperkasakan artis tempatan, pereka dan penenun.

Melalui anugerah pengiktirafan pereka, pemenang akan diumum semasa kemuncak acara untuk mengankat individu berbakat berkenaan kerana menyokong kelestarian kraftangan tradisonal.

“Pertunjukan fesyen ini bukan hanya tentang fesyen tetapi ia adalah satu refleksi mendalam identiti budaya kami, sebuah gerakan budaya, satu bukti semangat kekreatifan yang berterusan demi memberi penghargaan kepada artis yang menenun kepelbagaian warisan kami,” ujarnya.

Pengarah Bkay Nair Resources, Bkay Nair

Dalam pada itu, Bkay berharap ia akan membawa keunikan warisan mereka kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya di Malaysia ke peringkat global selain dapat mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Perancis dan seluruh Eroprah.

“Hasrat untuk mempersembahkan ciptaan ini kepada UNESCO melambangkan usaha untuk mengangkat warisan budaya Malaysia ke peringkat global.

“Inisiatif ini menekankan kepentingan tradisi sambil menghormati kekayaan kreativiti Malaysia.

“Dalam setiap benang dan corak, identiti Malaysia bersinar sebagai pebghormatan kepada masa lalu, budayanya dan semangat seni yang berkekekalan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast