KAHERAH – Mesir telah bersetuju untuk membuka persimpangan Rafah untuk membolehkan sehingga 20 trak bantuan masuk ke Gaza, kata Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi jaminan bahawa Israel tidak akan “mengagalkan” penghantaran makanan, air dan ubat-ubatan dari Mesir untuk orang awam di Gaza selagi bantuan ini tidak “sampai Hamas”
Biden berkata, letupan maut di hospital Gaza nampaknya berpunca daripada pejuang Palestin, menyokong laporan Israel mengenai insiden itu ketika dia melawat negara itu.
Biden, yang mendarat di Tel Aviv pada hari Rabu berkata, beliau “sangat sedih dan marah” dengan letupan itu.
Tentera Israel mendakwa ia berpunca daripada pelancaran roket Palestin yang gagal.
Tetapi Palestin menegaskan tentera Israel yang membedil hospital tersebut.
Biden yang menyokong penafian Israel terhadap sebarang penglibatan dalam letupan di sebuah hospital di Gaza, mengatakan kenyataan itu disokong oleh “data” yang dilihatnya oleh Jabatan Pertahanan AS.
Pada hari Selasa satu letupan besar melanda kawasan sesak di hospital Al-Ahli al-Arabi, membunuh 471 orang.
Israel segera dipersalahkan oleh Hamas tetapi Israel berkata, letupan itu disebabkan oleh roket militan Palestin yang tersalah tembak.
Pelbagai negara Arab menyertai Hamas menyalahkan Israel atas letupan itu, dan beberapa pemimpin Arab membatalkan pertemuan dengan Biden.
Israel telah melakukan pengeboman besar-besaran di seluruh Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu. – Agensi