KUALA LUMPUR – Demontrasi besar-besaran membantah keganasan Israel terhadap Palestin dijangka berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini, selepas solat Jumaat esok.
Beberapa kumpulan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik akan bersatu untuk mendesak kerajaan AS untuk memaksa Israel daripada terus melakukan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik di Gaza.
Poster yang dikongsi di media sosial menunjukkan peserta lelaki akan bersembahyang Jumaat di Masjid Tabung Haji terlebih dahulu dan selepas itu mula bergerak ke Kedutaan AS yang terletak kira-kira 500 meter dari situ.
Peserta antara lain diminta memakai pakaian berwarna putih dan membawa bendera Palestin serta sepanduk yang menggesa agar Israel segera menghentikan pembunuhan terhadap penduduk di Gaza.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan turut menyertai demonstasi tersebut. – MalaysiaGazette