KUALA LUMPUR – Selepas memusnahkan Al-Ahli Baptist Hospital yang dikendalikan oleh golongan Kristian di Gaza, Israel malam tadi mengebom gereja Greek Orthodox Saint Porphyrius berusia lebih 1,600 tahun.
Media melaporkan, lebih 300 pelarian Palestin menjadikan kawasan gereja tersebut sebagai tempat perlindungan apabila regim zionis meneruskan agenda melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Menurut saksi kira-kira 80 pelarian berada di dalam gereja yang dibina pada abad ke-12 itu berkenaan ketika kejadian berlaku dan terdapat kematian direkodkan selain ada antara mangsa masih lagi berada di bawah runtuhan bangunan._
Gereja Greek Orthodox Saint Porphyrius di Juruselem berkata, serangan regim Zionis itu merupakan jenayah perang.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tentera rejim Zionis ke atas gereja bersejarah kami,” katanya dalam kenyataan.
Selain umat Kristian Palestin gereja tersebut turut dijadikan tempat perlindungan orang Islam kerana merasakan ia lokasi selamat daripada serangan Israel.
Israel berhadapan dengan kecaman antarabangsa selepas melakukan pengeboman terhadap Al-Ahli Baptist Hospital hingga mengorbankan lebih 800 termasuk wanita dan kanak-kanak.
Regim Zionis itu seolah-olah dahagakan darah rakyat Palestin selepas melakukan pengeboman berterusn di Gaza hingga angka kematian rakyat Palestin menghampiri 4,000 nyawa.-MalaysiaGazette