Hanya 200 pengujung dibenarkan melakukan aktiviti air di di Taman Laut Negara, Pulau Undan Melaka bagi memelihara dan mengekalkan keunikan lebih 260 kepelbagaian spesies biodiversiti marin termasuk spesies yang sukar ditemui di 42 taman laut lain di seluruh negara.

MELAKA – Jabatan Perikanan Melaka mengehadkan kepada hanya 200 pengunjung sebulan untuk melakukan aktiviti air di di Taman Laut Negara, Pulau Undan.

Timbalan pengarahnya, Nawar Abd Karim berkata,usaha itu penting untuk memelihara dan mengekalkan keunikan
lebih 260 kepelbagaian spesies biodiversiti marin termasuk spesies yang sukar ditemui di 42 taman laut lain di seluruh negara.

Menurutnya, antara terumbu karang yang biasanya terdapat di pulau-pulau Pantai Timur namun warna yang lebih baik dan saiz besar di Pulau Undan adalah MenruutyAcropora, Porites, Symphyllia, Goniopora dan Sea Fan.

Nawar Abd Karim

“Kita bimbang jika jumlah pengunjung terlalu ramai akan menyebabkan keadaan ini sukar dikawal sekali gus berisiko merosakkan terumbu karang di sini.

“Sebab itu, pengunjung hanya boleh ke pulau ini menggunakan bot-bot milik 25 operator bot yang berdaftar dengan kita supaya hanya kira-kira 200 orang sahaja boleh ke sini setiap bulan,” katanya.

Hanya 200 pengujung dibenarkan melakukan aktiviti air di di Taman Laut Negara, Pulau Undan Melaka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Tanggungjawab Sosial (CSR) dan promosi Taman Laut Melaka bersama pengamal media Pulau Undan di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM), Azhar Yaacob.

Azhar Yaacob

Mengulas lanjut, Nawar berkata, setiap hari beliau akan memastikan penguat kuasa Jabatan Perikanan akan membuat rondaan dan pemantauan di pulau yang telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara itu termasuk Pulau Dodol dan Pulau Nangka.

“Sebab itu, aktiviti di Pulau Undan hanya dihadkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang selain tidak sesekali tidak dibenarkan bermalam atau memancing,” katanya.

Rumah Api Pulau Undan yang dibina pada tahun 1880 merupakan monumen sejarah berusia 143 tahun tidak dibuka kepada umum sebaliknya perlu mendapat kebenaran secara berkala.

Sementara itu, Azhar berkata, pada majlis itu seramai 10 pengamal media di Melaka berpeluang menyertai aktiviti snorkeling dan melawat Rumah Api Pulau Undan yang dibina pada tahun 1880.

“Monumen sejarah berusia 143 tahun ini yang masih berfungsi dan kini diselia di bawah Jabatan Laut Malaysia.

“Bagaimanapun, rumah api ini tidak dibuka kepada umum sebaliknya perlu mendapat kebenaran secara berkala,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast