LOMDON – Polis dan Transport For London (TfL) sedang melakukan siasatan selepas seorang pemandu London Tube dipercayai melaungkan kata-kata semangat pro-Palestin di dalam kereta api.
Sebuah video yang tular memperdengarkan suara seorang pemandu melaungkan “Bebaskan Palestin” melalui sistem penyampaian dalam kereta api itu.
Ketika itu kebanyakan penumpang dalam perjalanan menyertai perarakan pro-Palestin.
Polis Pengangkutan British (BTP) dan TfL berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu.
Pada hari Sabtu, dianggarkan 100,000 berkumpul di tengah London untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin.
Dalam video yang sedang disiasat, pemandu itu juga kedengaran berkata “semoga anda semua mempunyai hari yang menyenangkan hari ini” dan “semoga mereka semua dalam doa anda”.
Penolong Ketua Konstabel BTP Sean O’Callaghan berkata: “BTP menyedari rakaman yang tersebar di media sosial yang memperdengarkan kata-kata semangat oleh oleh pemandu kereta api.
“BTP sedang bekerjasama dengan Transport for London dan menyiasat perkara itu,” katanya.
TfL berkata ia “komited untuk menyediakan rangkaian yang selamat untuk semua orang”. – Agensi