Mohamad Fazli melihat sendiri pelan jalan pintas penghubung antara Jalan Batu Pahat ke Tanjung Labuh yang dijangka siap sepenuhnya Disember hadapan.

BATU PAHAT – Jalan pintas yang menjadi penghubung antara Jalan Batu Pahat ke Tanjung Labuh sejauh kira-kira 9.5 kilometer siap sepenuhnya akhir Disember tahun depan.

Kerja-kerja pembinaan semula laluan ini yang terhenti tahun lalu akan disambung hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, laluan baharu merentasi jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading itu pada asalnya dijadualkan siap pada Disember 2019.

Katanya, laluan itu akan memberi manfaat kepada hampir 49,063  pengguna jalan raya sehari ini kerana ia memendekkan jarak dan masa perjalanan kepada hanya 9.5 kilometer dan masa hanya kira-kira 10 minit berbanding 25 minit atau 16.8 kilometer.

“Peranan utama pembinaan jalan berjumlah RM29 juta adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik di dalam kawasan Bandar Batu Pahat di Jalan Persekutuan. Pengguna  tidak lagi perlu melalui Bandar Batu Pahat untuk ke Pekan Rengit, Minyak Beku dan Senggarang.

“JKR sentiasa prihatin akan keselamatan dan keselesaan pengguna dan masyarakat setempat. JKR juga sentiasa komited dan prihatin dalam penyampaian projek serta sentiasa berusaha untuk menyediakan pekhidmatan yang baik,” katanya selepas mengadakan alwatan di tapak projek berkenaan di Batu Pahat hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast