NEW YORK – Israel membuat keputusan tidak akan mengeluarkan visa kepada pengawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Keputusan itu diambil berikutan Zionis itu tidak berpuashati dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres yang didakwa seolah-olah berpihak kepada Hamas.
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan berkata, sudah sampai masanya Israel untuk memberi pengajaran kepada PBB.
“Kami telah menolak visa untuk Setiausaha Agung Rendah Hal Ehwal Kemanusiaan Martin Griffiths.
“Adalah penting untuk mengiktiraf serangan oleh Hamas tidak berlaku dalam ruang vakum,” kata Erdan pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai perang Israel-Hamas.
Sebelum ini Erdan mendesak Guterres meletakkan jawatan selepas Setiausaha Agung PBB itu menggesa gencatan senjata dalam perang antara Israel dan Hamas di Gaza.
Negara Zionis itu berang selepas Guterres ketika memberi ucapan di PBB mengecam Hamas dan Israel kerana tindakan yang membahayakan orang awam.
Guteress juga berkata, beliau “sangat prihatin” tentang “pelanggaran jelas undang-undang kemanusiaan antarabangsa” oleh Israel.
“Melindungi orang awam tidak bermakna mengarahkan lebih daripada 1 juta orang berpindah ke selatan (Gaza) di mana tiada tempat tinggal, tiada makanan, tiada air, tiada ubat dan bahan api dan kemudian terus mengebom selatan itu sendiri,” sambungnya yang merujuk kepada tentera Israel.
Beliau turut menegaskan tindakan Hamas terhadap Israel bukan wujud dalam ‘vacum’ atau kekosongan selepas Palestin menderita akibat penjajahan selama 75 tahun.- Agensi