TEL AVIV – Israel mengaku melakukan pengeboman dari udara di 150 lokasi di Gaza malam tadi yang didakwanya sebagai tempat persembunyian pasukan pembebasan Palestin, Hamas.
The Times of Israel melaporkan letupan daripada serangan udara berterusan itu telah menerangi langit di Kota Gaza selama berjam-jam berikutan api yang menjulang tinggi.
Media Israel itu menyebut tiada anggota zionis terdiri daripada tentera darat, termasuk infantri, pasukan kejuruteraan tempur dan kereta kebal terkorban.
Pasukan darat kekal di dalam Gaza pada pagi Sabtu, beroperasi lebih dalam ke wilayah kendalian Hamas berbanding pencerobohan terhad sebelumnya.
Pasukan tentera Israel (IDF) mengeluarkan rakaman tentera darat yang beroperasi di Semenanjung Gaza semalaman dan hari ini.
IDF ia akan mengadakan penilaian peringkat seterusnya, sama ada memperluaskan operasi darat lagi, menghentikan serbuan yang sedang berjalan, atau menukar kepada satu set rancangan lain.-Agensi