Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon Badrul Muhayat atas pemergian pelakon itu, hari ini.

Fahmi memohon supaya keluarga Allayarham akan diberikan ketabahan bagi mengharungi ujian ini.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Badrul Muhayat, pelakon yang telah meninggal dunia hari ini. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau sebentar tadi.

Badrul Muhayat, 55, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah inap desa di Taman Pauh Jaya, Pulau Pinang kira-kira 10.50 pagi tadi dan jenazah telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Isteri arwah, Norhayati Zulkapli turut mengesahkan perkara itu namun tidak mengulas lanjut.

Arwah Badrul turut meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun. – MalaysiaGazette