Sim Chon Siang

KUANTAN – Pernah diikejar sekumpulan individu bersenjatakan M16 di Myamar ketika misi menyelamat mangsa pemerdagangan manusia merupakan pengalaman perit dilalui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.

Meskipun nyawanya sendiri di hujung tajuk, Chon Siang tidak pernah patah semangat untuk terus membela nasib rakyat Malaysia yang menjadi tebusan atau terjerat dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Menceritakan detik cemas ketika berada di negara itu, beliau bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri daripada ditahan oleh kumpulan itu.

“Saya telah dikejar oleh kumpulan sindiket bersama senjata api M16 dekat tiga kilometer, saya berjaya meloloskan diri, saya tidak boleh kembali ke situ lagi.

“Mereka tidak akan lepaskan saya kerana tahu saya berusaha menyelamat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa memperdagang manusia melalui pelbagai cara,” katanya ketika membuka bicara bersama wartawan MalaysiaGazette.

Chon Siang berkata, beliau tidak akan sesekali patah semangat dengan ancaman yang pernah dilaluinya itu.

Sebaliknya terus bertekad akan menyelamatkan rakyat Malaysia yang dijadikan mangsa sindiket jenayah di negara luar.

Beliau turut terlibat dalam operasi membawa pulang rakyat Pahang, Muhammad Izzat Abdul Wahab yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan meninggal dunia dalam tahanan polis di Taichileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.

Dalam kes berkenaan Muhammad Izzat maut setelah berjaya diselamatkan oleh pihak pertubuhan kemanusiaan tempatan namun meninggal dunia ketiga berada dalam tangan pihak berkuasa di sana.

Menyifatkan setiap operasi menyelamat rakyat Malaysia sebagai sukar, Chon Siang menasihatkan semua pihak langkah berstrategi semasa melakukan operasi menyelamat.

Katanya, strategi penting untuk memastikan misi menyelamat tidak mengorbankan nyawa sesiapa.

Justeru, ujar beliau, anak muda mestikan menjadikan kes Muhammad Izzat sebagai satu pengalaman.

“Jangan fikir hendak kerja di luar negara untuk cepat kaya. Kekayaan segera adalah satu perangkap. Kena ingat ini,” katanya sambil menambah sila semak syarikat-syarikat yang menawarkan gaji besar.

“Kebiasaannya gaji besar ini scam. Kalau kurang pasti semak dengan kedutaaan”,

Beliau yang Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang itu berkata, beliau mula membantu membantu menyelamatkan mangsa sindiket pemerdagangan manusia sejak tahun 2021.

Semuanya bermula selepas mendapat maklumat daripada keluarga mangsa, mangsa sendiri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sejak itu, beliau sehabis daya membantu walaupun ada kala terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri demi menyelamatkan mangsa.

Sim Chong berkata, bukan mudah berhadapan dengan pihak sindiket yang berjiwa mafia kerana mereka mempunyai banyak tipu helah.

Sehingga kini, beliau berjaya menyelamatkan 99 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. – MalaysiaGazette