Komisioner Datuk Seri Azri Ahmad

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman menerusi Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) memulakan siasatan tentang kematian seorang suspek dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar Sabak Bernam semalam.

Pengarahnya Datuk Seri Azri Ahmad berkata, suspek seorang lelaki berusia 49 tahun telah ditahan pada 26 Oktober lalu di bawah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kemudian telah ditahan di lokap Balai Polis Sungai Besar Sabak Bernam Selangor untuk siasatan lanjut.

“Namun, pada 27 Oktober lalu jam lebih kurang 3.30 petang anggota petugas lokap mendapati orang kena tangkap dalam keadaan meniarap dan tidak sedar diri,” katanya dalam satu kenyataan pagi hari ini.

Tambah Azri, pihak Hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut kepada tahanan yang tidak sedar diri itu.

Ujar beliau, pada jam lebih kurang 4.40 pagi Penolong Pegawai Perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas OKT serta mengesahkan kematiannya.

“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada 27 Oktober jam lebih kurang 4.20 petang dan ujian pengesanan Covid-19 telah di buat ke atas simati dan berkeputusan negatif.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih berstatus pending laboratory investigation.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast