Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir pada Program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang Jaya, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen diminta agar memberi ruang kepada sekolah untuk melaksanakan program Minggu Solidariti Palestin yang sedang dilaksankan ketika ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan, nilai kemanusian adalah asbab utama kementerian menganjurkan program itu yang bertujuan mendidik kanak-kanak tentang nilai keamanan sejagat.

“Beri ruang kepada kami untuk laksanakan tanggungjawab kami dan mengutamakan proses pendidikan pemanusiaan ini.

“Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami. Yang sana (mahu pun) yang sini, sama! Jangan usik!

Beliau berkata demikian di penghujung penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) agar menjelaskan kenyataannya yang dikeluarkan bahawa “sesetengah pihak” membuat kacau ganggu ke atas program itu.

Pagi ini, ketika menghadiri Minggu Solidariti Palestin di sebuah sekolah, Fadhlina berkata, komuniti pendidikan jelas dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk program itu.

“(Ia) menjadi polemik kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Beliau juga menegaskan tidak timbul sebarang isu dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah berkenaan garis panduan yang dikeluarkan KPM, termasuk untuk tidak menyatakan perspektif satu pihak sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast