Salman Habaka yang mati terbunuh.

GAZA CITY – Seorang komander batalion pengganas Israel dilaporkan terbunuh ketika melakukan operasi darat di Gaza.

Salman Habaka, 33, komander Batalion 53 Briged Berperisai ke-188, dari Yanuh-Jat, terbunuh dalam memerangi pejuang Hamas di bahagian utara Gaza.

Habaka adalah pegawai paling kanan yang telah terbunuh semasa operasi darat IDF di Semenanjung Gaza. Tiada butiran lanjut diberikan mengenai keadaan kematiannya.

Kematian pegawai kanan tentera penceroboh itu diumumkan hari ini menjadikan keseluruah kematian askar Israel berjumlah 18 orang semasa melakukan operasi darat.

The Times of Israel melaporkan, askar Zionis menghadapi pertempuran tengah malam yang “sengit dan huru-hara” berlarutan selama lebih tiga jam berikutan serangan hendap yang turut menyasarkan Batalion ke-13 Golani.

Laporan itu menyebut, tentera pejuang Palestin telah melepaskan peluru berpandu, meletuskan alat letupan dan melemparkan bom tangan ke arah pasukan itu.

Beberapa batalion tentera penceroboh turut diserang oleh anggota Hamas terbabit yang dikatakan muncul dari terowong dan menyerang mereka dengan peluru berpandu anti-kereta kebal, mortar, dan dron.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast