Elhanan Klein, 29 ditemui dalam kereta yang terbalik

TEL AVIV – Rakyat Paletin di Tebing Barat mula melakukan serangan balas dendam terhadap kekejaman Israel dengan seorang tentera simpanan Zionis dibunuh ketika pulang dari bertugas.

Elhanan Klein, 29, ditemui mati ditembak dalam keretanya yang terbalik di Laluan 557 berhampiran bandar Palestin Bayt Lid, barat laut Nablus.

“Pemandu kereta, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, tidak sedarkan diri, tanpa nadi, tidak bernafas, dan dengan luka [tembakan]. Kami melakukan ujian perubatan dan selepas beberapa ketika kami terpaksa mengisytiharkan kematiannya,” kata doktor Magen David Adom Bentzi Landsberg.

Pihak berkuasa Israel menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganas dan Angkatan Pertahanan Israel melancarkan pemburuan dengan membuat sekatan jalan raya di kawasan itu.

The Times of Israel melaporkan, serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Tebing Barat dan di Baitulmaqdis Timur.

Wilayah Israel turut terkesan apabila Israel melancaran serangan tidak berperikemanusiaan di Gaza yang berlarutan hampir empat minggu.-Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. israel bunuh ceroboh warga Palestin,masjidil aqsa puluhan tahun bukan pengganas, warga Palestin mempertahankan maruah diri mereka, tanah mereka, masjid aqsa kiblat mereka dibilang pengganas.undang undang apa kau pakai syaitan….

Comments are closed.