KUALA LUMPUR – Seramai 400 keluarga India di kawasan Dewan Undangan Negeri Batang Kali di Hulu Selangor menerima baucar Jom Shopping Deepavali yang diberikan untuk kegunaan sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi.
Penyelaras PKR Parlimen Hulu Selangor Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang mensasarkan golongan miskin iaitu keluarga B40 sejak pada tahun 2012 dengan objektif untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan B40 dalam membuat persiapan Deepavali.
“Menyedari sambutan Deepavali pada 12 November ini yang hanya berbaki kurang seminggu lagi, kami dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif murni untuk menghulurkan bantuan berbentuk baucar.
“Dengan baucar ini keluarga penerima dapat membeli belah barang persiapan Deepavali untuk keluarga mereka, sekali gus menceriakan sambutan perayaan tidak lama lagi,” katanya kepada MalaysiaGazetete