Askar Israel yang melakukan kekejaman di Gaza

N’DJAMENA – Chad menjadi negara ketujuh menarik keluar utusan rasmi dari Israel bagi membantah kekejaman yang dilakukan askar Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Dalam kenyataan yang disiarkan di X, Chad turut menyelar kematian ‘ramai yang tidak bersalah di Gaza’.

Negara Afrika itu menggesa gencatan senjata yang boleh membawa kepada penyelesaian yang stabil untuk isu yang melibatkan Palestin.

Kenyataan rasmi Chad

Sebelum ini Turki, Bolivia, Honduras, Chile, Colombia dan Jordan mengumumkan menarik balik perwakilan masing-masing dari Israel berikutan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk di Gaza.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast