Lambang swastika yang digunakan oleh Nazi Jerman yang bertindak kejam terhadap Yahudi

PARIS – Seorang wanita berketurunan Yahudi diserang dan ditikam sebanyak dua kali di rumahnya sendiri di daerah Montluc di arondisemen ke-3 Lyon.

Menurut The Juruselam Post, lambang swastika yang dikaitkan dengan Nazi Jerman turut dilukis pada pintu rumahnya dalam serangan yang berlaku pada pukul 1 tengah hari pada hari Sabtu.

Mangsa diserang selepas menjawab ketukan pintu oleh suspek yang berpakaian gelap.

Menurut polis kehadiran mezuzah iaitu simbol tradisional Yahudi di pintu rumahnya di samping swastika yang dilukis dalam serangan itu menunjukkan berlakunya jenayah kebencian.

Wanita itu bagaimanapun dilaporkan selamat walaupun mengalami kecederaan serius.

Tindakan menikam ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai tindakan anti Zinonis di Perancis akibat konflik ganas antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas di Gaza.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast