Kanak-kanak terus menjadi mangsa serangan Israel

GAZA CITY – Israel melakukan pembersihan etnik dengan angka kematian kanak-kanak Palestin kini melebihi 4,000 orang.

Sekurang-kurangnya 9,770 orang terbunuh dalam serangan Israel selama sebulan menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, kem pelarian yang menempatkan penduduk awam Palestin terus menjadi sasaran Israel dengan terbaharu di Bureji yang terletak di tengah-tengah Gaza.

Ia merupakan kem pelarian ketiga yang diserang oleh tentera udara Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sebelum ini beratus rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas kem pelarian al-Maghazi dan Jabalia di Gaza.

Serangan udara Israel meratakan beberapa rumah bertingkat di mana orang terpaksa keluar dari bahagian lain Gaza berlindung.- Agensi

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast