Sistem pertahanan Israel

TEL AVIV – Israel dilaporkan menerima bantuan tambahan berjumlah RM64 bilion (AS$14 bilion) dari Amerika Syarikat (AS) bagi memperkuatkan sistem pertahahan udara ‘Iron Dome’.

Pakej itu juga akan merangkumi dana untuk kira-kira 14,000 pemintas, memberikan keupayaan kepada Pasukan Pertahanan Israel untuk beroperasi “secara konservatif, 25 bateri baharu” di seluruh negara.

Pakej bantuan yang dicadangkan Presiden AS, Joe Biden kepada Israel termasuk dana untuk memasang sehingga 100 lagi pelancar ‘Iron Dome’ bagi memperkukuhkan pertahanan udara Israel.

“Ini akan memberikan Israel keupayaan untuk beroperasi “secara konservatif, 25 bateri baharu” di seluruh Israel,” kata Wes Rumbaugh, seorang penganalisis pertahanan peluru berpandu di Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa, memberitahu Bloomberg.

Media sebelum ini melaporkan, Biden meminta supaya diluluskan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$106 bilion (RM487 bilion) kepada Israel dan dan Ukraine bulan lalu. – Agensi

1 Komen

  1. let’s kill more babies, let’s kill more children, let’s destroy more building,might the baby was Hama’s,might the children was Hamas,might the factory was Hama’s..here we go,into the promised land,into the God chosen people!

Comments are closed.