JOHOR BAHRU – Seorang pemuda 22 tahun yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini petang semalam adakah seorang pemegang kad orang kelain upaya (OKU) mental.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 5.20 petang dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.
Pemuda itu dimasudkan ke wad pada pukul 12.30 pagi, 5 November lalu kerana perlu menjalani pembedahan kaki kanan yang dijadualkan pada 8 November ini.
“Namun pembedahan dibatalkan kerana mangsa mengalami selsema dan dibenarkan keluar hospital.
“Siasatan polis turut mendapati kematian tidak mempunya unsur jenayah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. – MalaysiaGazette