Majlis Anugerah Kecemerlangan Media Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 (AkeMedia KPKT 2023) yang berlangsung 3 November lalu menjadi pendorong kepada pengamal media untuk terus melaporkan perihal berkaitan kementerian yang kini diterajui Nga Kor Ming. Rata-rata pengamal media mahu anugerah seumpama itu diadakan lebih kerap dalam usaha merapatkan hubung media dan KPKT.