Tun Dr. Mahathir Mohamad.- Foto FB Keluar Sekejap

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat bukan Melayu tidak mahu berasimilasi dengan budaya masyarakat asal kerana memandang rendah kepada orang Melayu.

Oleh kerana itu, menurut Mahathir, sebilangan besar masyarakat bukan Melayu selepas kemerdekaan masih lagi berkiblatkan negara asal nenek moyang masing-masing.

“Mereka tolak (asimilasi) bukan kita tidak minta, kita hendak mereka jadi Melayu tetapi mereka pandang rendah kepada kita. Tidak mahu dikenali sebagai Melayu,” kata Mahathir dalam program Keluar Sekejap.

Mahathir berkata, kumpulan pendatang sebelum kemerdekaan seperti dari negara Arab dan India lebih mudah berasimilasi dengan budaya Melayu hingga akhirnya mereka turut menjadi kaum tersebut.

Pengendali program tersebut Khairy Jamaludin kemudiannya mendakwa, Mahathir pernah menggunakan dasar ‘kepelbagaian dalam penyatuan’ ketika era pemerintahannya yang menunjukkan setiap kaum mempunyai identiti masing-masing.

“Kita tahu ada jenis orang yang identitinya Melayu dan ada orang yang dikaitkan identiti dengan negara asalnya. Maka multilah, banyak kaum. Itu kita kena akui.

“Tetapi di satu pihak ada asimilasi dan di satu pihak ada intergrasi. Ini tidak berlaku di negara lain. Sebab kita nak sangat kemerdekaan walaupun mereka tak jadi Melayu kita sanggup terima mereka sebagai rakyat Malaya,” kata Mahathir.

Beliau menegaskan konsep bangsa Malaysia adalah berdasarkan prinsip ‘bukan berkiblatkan kepada negara asal’.

Ini boleh dipelajari daripada rakyat Indonesia daripada pelbagai bangsa yang boleh berasimilasi dengan budaya masyarakat pribumi asal.

Malaysian first (bermaksud) kamu tidak mengikat diri dengan negara asal. Ini (bukan Melayu) bahasa mengutamakan negara asal. Sekolah pun tak ikut Malaysia. Budaya pula asing langsung. Jadi mereka terpisah.

“Sekarang ini tempat mereka tinggal pun satu kawasan hak mereka sahaja sehingga ada lokasi Melayu tidak boleh masuk dan bertanding. Ada juga kawasan Melayu orang Cina tak boleh masuk, tak boleh bertanding.

“Kita tidak menjadi satu bangsa. Itu yang saya maksudkan sebagai bangsa. Kena serap budaya tempatan. Orang di Indonesia, dia tukar nama, bahasa Indonesia dia tak cakap bahasa lain,” kata Mahathir.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Atok kata bukan Melayu panjang rendah kpd org Melayu. Sebab ya iala SIKAP ATOK SENDIRI terhadap org Melayu. Atok bukan Melayu. Dia KUTTY.

Comments are closed.