Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Malau selepas hujan lebat selama tiga jam malam tadi.

KUBANG PASU – Seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di sini, susulan banjir kilat malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kesemua mangsa dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh serta Kampung Biak di Mukim Malau itu dipindahkan ke PPS berkenaan bermula jam 10.25 malam.

“Hujan lebat lebih tiga jam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Kira-kira 43 mangsa dipindahkan ke PPS.

“Selepas mendapat maklumat air mula naik anggota kita digerakkan ke lokasi untuk melakukan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa.

“Bilangan mangsa yang dipindahkan ke PPS terdiri daripada 14 wanita dewasa, kanak-kanak (14), lelaki dewasa (8), warga emas (5) dan orang kelainan upaya (2),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Warga emas antara mangsa yang diselamatkan APM.

Tambah beliau, paras air sungai ketika ini semakin naik dan anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast