KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan laman sesawang www.thjari.ticketmysearch.com bukan di bawah kendaliaannya dan ia palsu.
THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my/, katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Oleh itu, para pendeposit TH dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berhati-hari dengan pautan yang mencurigakan.
“Hati-hati! Pelbagai cara scammer memperdaya mangsa.
Pastikan anda layari alamat laman web yang betul. Kalau curiga, jangan percaya,” tambahnya. – MalaysiaGazette