Darah memenuhi ruangan Sekplah al-Quran Malaysia yang menjadi tempat perlindungan pelarian.

GAZA CITY – Regim Israel telah menyerang Sekolah al-Quran Malaysia yang menjadi tempat perlindungan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat, Gaza.

Menurut Shehab Agency, ramai yang maut dan cedera dalam serangan yang dilakukan oleh askar Zionis malam tadi.

Sekolah al-Quran Malaysia yang juga dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza didirikan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka pada 16 Oktober 2017.

Sekolah yang bernilai RM4.3 juta itu merupakan bangunan tiga tingkat berkeluasan lantai 4,500 meter persegi.

Operasi sekolah dilaksanakan sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah yang mana tenaga pengajar kesemuanya dari Palestin.

Selain pejabat pentadbiran, sekolah itu boleh menampung 700 pelajar itu dilengkapi 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan dan serba guna serta surau untuk kemudahan pelajar bersolat di sekolah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast