Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat Melalui Bidang Pendidikan Tinggi

Dalam menyokong kerangka besar Ekonomi MADANI, KPT telah memperkenalkan Strategi 4P bagi menjayakan Ekonomi MADANI (Penyediaan Bakat, Penyelidikan dan Inovasi, Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan).

Idea yang realistik dengan dipadu skop kerangka pelaksana yang komprehensif, meletakkan KPT, pada kedudukan penting sebagai tulang belakang dalam melaksana cita-cita murni kerajaan, memacu Ekonomi Madani – Malaysia Madani.