Lokasi bayi yang dibuang ditemui di Sunway semalam.

SUBANG JAYA – Bagaikan buang sampah!

Sorang bayi yang masih mempunyai tali pusat ditemukan terbiar di dalam plastik di tepi jalan di Bandar Sunway dekat sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, bayi lelaki yang tidak berpakaian itu ditemukan pada 1.25 tengah hari oleh orang awam.

“Bayi tersebut dijumpai dalam bungkusan plastik yang ditinggalkan di tepi jalan dan masih bernyawa. Semasa dijumpai orang awam, bayi tersebut tidak berpakaian dan masih bertali pisat serta uri,” katanya.

Bayi itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemerisaan lanjut.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan bayi berkenaan baru dilahirkan dan dalam keadaan stabil serta diletakkan di dalam unit rawatan rapi bagi pemantauan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duannya sekali.- MalaysiaGazette