Operasi dan menyelamat oleh pihak bomba masih diteruskan ke hari ini bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas kletika melakukan aktiviti di Sungai Kampung Olak Jorak semalam.

MUAR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di sungai berhampiran Kampung Olak Jorak, Bukit Pasir dekat sini petang semalam masih belum ditemui.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Baharudin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit pada  5.32 petang semalam.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Fire Response Vehicle (FRV) selain dibantu oleh 10 anggota bomba dari BBP Tangkak dan tujuh (BBP Muar) telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan ke tempat kejadian dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti di sungai bersama seorang rakan.

“Tindakan operasi kemudiannya membuat penilaian untuk membuat kerja-kerja pencarian mangsa. Bagaimanapun, operasi ditangguhkan kerana keadaan air pasang yang membahayakan keselamatan anggota membuat pencarian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Difahamkan, operasi pencarian diteruskan lagi pada hari ini bagi mengesan mangsa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast