Foto Instagram Nora.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Nora Ariffin dibenarkan keluar dari sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor selepas 10 hari dirawat akibat sesak nafas.

Menerusi hantaran Instagram, Nora, 50, memberitahu dia telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari.

Nora meluahkan rasa syukur kerana nikmat kesihatan yang masih dikurniakan Allah sebagai peluang kedua buat dirinya.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada sahabat yang mendoakan, bertanya khabar, datang ziarah dan membuat solat hajat. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

“Saya tak sabar mahu kembali bekerja seperti biasa,” katanya menerusi hantaran video di IG.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast