Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir pada Majlis Serahan Dana Aid4Palestin di Yayasan Permata Ummah, Cyberjaya. Foto MUHD NA’IM,20 NOVEMBER 2023.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Israel berbohong mengenai kematian 1,400 rakyatnya dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Menurut Mahathir, sehingga kini negara Zionis itu tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa rakyatnya telah mati dalam serangan tersebut namun Israel telah membalas dengan membunuh lebih 11,000 rakyat Palestin.

Katanya, Israel meniru cara rakan sekutunya iaitu Amerika Syarikat yang berbohong mengenai kewujudan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq bagi mewajarkan serangan ke atas negara itu.

“Kita dapat lihat pembunuhan (rakyat Palestin) ini dan rumah yang musnah, kanak-kanak dibunuh malah bayi baru lahir melalui media masa.

“Tetapi kita tak pernah lihat 1,400 orang Israel terbunuh. Ini jumlah yang ramai. Bolehkah kita sembunyi 1,400 yang telah dibunuh? Dan bila dibunuh tentulah ada kerosakan teruk terhadap bandar-bandar Israel.

“Adakah kita lihat rumah Israel runtuh? Hingga 1,400 terbunuh? Saya tak tahu sama ada orang lain nampak atau tidak. Belum saya nampak seekor orang Israel yang dibunuh,” kata Mahathir.

Beliau berkata demkian dalam forum Bicara Khas Negarawan dan Majlis Serahan Dana Aid4Palestin di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Aid4Palestine Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mahathir berkata, Isreal dan sekutunya akan melakukan pembohongan dan mereka cerita demi keuntungan mereka.

Dalam serangan terbaharu itu Mahathir berkata, Israel menggunakan alasan pembunuhan 1,400 rakyatnya kerana mahu menawan Gaza dan membunuh lrakyat Palestin.

Mahathir berkata, tindakan Israel memperlihatkan pemimpin negara itu mempunyai kejahatan luar biasa.

“Kononya dalam serangan mereka (Hamas) 25 askar Israel terbunuh. Ada kita nampak? Siapa tengok gambar orang Israel dibunuh? Tak ada. Bohong.

“Mereka (Israel) ini memang orang yang jahat. Bukan manusia biasa. Nak bunuh 11,000 orang mereka buat cerita konon orang rakyat mereka 1,400 dibunuh. Bohong. Inilah orang Israel. Jahat yang bukan-bukan. Dibantu pula oleh Amerika Syarikat.

“Saya nak tanya orang Israel, tunjuk gambar orang yang kena bunuh. 1,400 orang kena korek kubur yang besar. Tapi tak nampak. Seekor pun tak nampak. Orang Israel ini memang jahat,” kata Mahathir.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan Israel menurunkan jumlah rakyatnya yang terkorban akibat serangan Hamas daripada 1,400 kepada 1,200. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast