Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff hadir pada sidang media mengenai video yang tular petang semalam di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 17 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,  Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Artikel berkaitan: Dr Agus akan dirakam keterangan semula esok – KPN

Teknik voice over video Agus, Wahab sukar dilakukan – Nam Ron

PDRM akan panggil Mohammad Agus sekali lagi ambil keterangan – KPN

Siasat segera rakaman video lucah babitkan Agus – Armada

Polis sahkan terima laporan Agus

Wahab akui jadi ‘kambing hitam’ Mr. H untuk jatuhkan Agus

Saya diperangkap – Dr Agus

Reaksi Mohammad Agus Pada Sidang Media

Beliau berkata, selain Mohammad Agus, terdapat lagi beberapa individu lain dijangka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Hanya beliau (Mohammad Agus) dipanggil hari ini manakala Wahab (Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, Penolong Pegawai J-KOM) akan dipanggil dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai individu bergelar “Mr H” yang dikaitkan dengan kes berkenaan, Razarudin berkata, ia masih dalam siasatan polis.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast