KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 24 November 2023 melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu.

Di Kelantan, hujan berterusan diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Manakala amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 24 November 2023 di Kelantan dan Pahang.

Kawasan-kawasan terbabit di Jeli, Kuala Krai & Gua Musang di negeri Kelantan serta Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

Amaran hujan berterusan (waspada) juga berkuat kuasa sehingga 23 November 2023 membabitkan negeri-negeri di utara Semenanjung.

Kawasan-kawasan terlibat adalah di Perlis manakala Kedah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim & Bandar Baharu.

Selain itu seluruh Pulau Pinang dan di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast