KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur telah menerima tiga laporan berkaitan ancaman bom di sekolah di ibu negara pada hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid, ia melibatkan dua sekolah di daerah Wangsa Maju dan sebuah di daerah Dang Wangi.
“Siasatan sedang dijalankan di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Berikutan itu, Allaudeen meminta warga kota agar tidak panik dan memberikan ruang kepada polis untuk mmenjalankan siasatan.
Terdahulu sebanyak sembilan sekolah antarabangsa yang terletak di Lembah Klang menerima ancaman bom menerusi e-mel.
Daripada jumlah itu tujuh sekolah terletak Selangor manakala dua sekolah di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette