KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada individu yang dikenali dengan ‘Mr. H’ kira-kira pukul 5.30 petang ini di Balai Polis Presint 11, Putrajaya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit dipanggil susulan pendedahan yang dibuat bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff kelmarin.
Menrutnya, individu berkenaan dikenal pasti berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Mohammad Agus.
“Selain itu, pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani segera tampil membantu siasatan ini,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Whatsapp hari ini.
Razarudin berkata, setakat 2 petang, polis tidak menerima sebarang laporan daripada Abdul Wahab yang juga Penolong Pegawai J-KOM.
Tambahnya, seramai tiga orang saksi telah dirakam percakapan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa orang saksi lain akan dirakam percakapan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: