Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Kerajaan India didesak untuk campurtangan terhadap tindakan pihak berkuasa Uttar Pradesh mengharamkan produk halal.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan mendadak tersebut merupakan satu keputusan yang bersifat diskriminasi dan menindas hak masyarakat Islam di negara itu .

“Kami menyoal apakah masalahnya penduduk di India mengamalkan produk yang dilabelkan halal oleh syarikat yang mengeluarkan satu-satu produk untuk kepentingan pembeli atau pengguna Islam ?

“Dakwaan bahawa ‘pensijilan halal produk makanan adalah sistem yang menimbulkan kekeliruan mengenai kualiti barangan’ adalah satu dakwaa yang sengaja dikeluarkan untuk mendiskriminasi hak umat Islam dinegara itu,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azmi berkata, tindakan terbaharu itu menunjukkan India mempunyai agenda untuk memecahbelahkan penduduk Islam di negeri itu .

MAPIM turut menolak alasan pengharaman tersebut kerana agama tidak boleh dicampurkan dalam makanan.

“Agama Hindu mengajar pengikutnya tidak boleh makan daging lembu atas alasan agama . Kenapa orang Islam dinafi hak untuk tidak boleh makan makanan yang diharam oleh syariat Islam ?

“Label Halal telah menjadi amalan perdagangan antarabangsa. Mengapa India menolak amalan ini sedangkan ia terlibat berdagang dengan negara-negara Islam,” tegasnya.

Azmi berkata, negara Islam di seluruh dunia akan melancarkan boikot ke atas India jika negara itu berterusan melaksanakan dasar penindasan dan diskriminasi serta propaganda kebencian terhadap umat Islam.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan negeri Uttar Pradesh menyekat produk import mempunyai tanda halal meliputi pengeluaran, penjualan, penyimpanan dan penghasilan berkuatkuasa serta merta,

Menerusi pekeliling rasmi dikeluarkan pada Sabtu lalu, sekatan itu melibatkan produk seperti tenusu, bahan bakeri minyak biji-bijian, minyak biji pudina, makanan ringan dan minyak masak.

Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai kepada mana-mana produk eksport halal India ke luar negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast