Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya kafir mengkafir antara umat Islam telah wujud dalam segelintir masyarakat yang boleh membawa perpecahan lebih besar.

SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberi gambaran akan ada ‘berita baik’ buat rakyat Malaysia yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Pengumuman itu akan dibuat pada penutupan Kongres Keadilan PKR 2023.

“Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membuat satu pengumuman penting pada petang ini bagi membantu melonjakkan kadar ekonomi negara dalam masa terdekat ini.

“Tetapi saya tidak boleh cakap apa yang akan diumumkan oleh beliau petang ini. Tetapi saya yakin pengumuman itu akan disambut baik oleh industri-industri dan juga sektor ekonomi kita,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor 2023 di SACC hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast