Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak semakin berlarutan apabila kali ini melibatkan penyokong Selangor FC dan Perak FC bergaduh di luar stadium sehingga ada yang mengalami kecederaan di muka.

Malah kekecohan yang dikatakan berlaku sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC semalam turut menyebabkan sebuah kenderaan turut dirosakkan.

Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak FC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang selamat.

Setakat ini, belum terdapat sebarang laporan daripada mangsa yang terlibat dalam pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Foto media sosial.

Dalam dua bulan terakhir ini, boleh dikatakan kes melibatkan pergaduhan dari liga akar umbi sehingga ke liga utama semakin menjadi-jadi.

Tindakan tegas harus diambil agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Dua hari lepas, insiden sama mewarnai saingan Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam yang mana kali ini salah seorang bapa yang hadir untuk menyaksikan perlawanan menendang pemain yang didakwa mengasari anaknya.

Sebelum ini, sebuah liga bertaraf Liga M5 di Putrajaya dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai dua pasukan yang sedang bertemu.

Rakaman video memaparkan pengadil perlawanan dan beberapa anggota keselamatan cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Kejadian lain melibatkan liga yang menjadi tempat pembangunan pemain muda iaitu Liga Suparimau yang merupakan liga rasmi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dicemari dengan insiden tidak diingini itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast