Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab

MELAKA – Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Norazman yang juga Naib Presiden PKBM ketika dihubungi pemberita malam ini.

“Bapa menghembuskan nafas terakhir 7 malam tadi di Hospital Mahkota Melaka selepas setahun mengidap kanser prostat tahap empat.

“Kesihatannnya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lalu kerana tiada selera makan,” katanya.

Berita kehilangan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab dikongsikan anaknya di Facebooknya malam ini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, tujuh anak, cucu dan cicit.

Jenazah akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok kira-kira 12 tengah hari esok. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast