kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin (KJ) tidak ada prerogatif untuk menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuat rombakan Kabinet.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, KJ bukan “politician”.

“Dia tidak ada jawatan dalam parti. Dia tidak berparti.

“KJ sudah lama “keluar sekejap”,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebaliknya kata Puad, lebih baik KJ menasihati bosnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini kucar kacir dan flip flop.

Malah, tambahnya, populariti Muhyiddin pun semakin merosot.

“KJ pakar “populis”. Elok KJ tunjuk ajar Muhyiddin.

“KJ boleh menasihati Muhyiddin cara menghalang MP Bersatu yang satu persatu sokong Anwar Ibrahim.

“Muhyiddin sedang buntu. Tolong dia,” ujarnya.

Puad dipercayai mengulas gesaan KJ supaya menggugurkan menteri yang tidak berprestasi.

Menerusi artikel yang disiarkan oleh Portal Fulcrumdi, KJ mendakwa Anwar gagal memisahkan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Sedangkan, Anwar sendiri pernah mempertikan kedudukan kedua-dua jawatan tersebut semasa menjadi pembangkang.

KJ juga berkata, beban kenaikan kos sara hidup yang menghimpit rakyat kini menyebabkan populariti Anwar menurun. – MalaysiaGazette