Sidang media Ahl-ahli Parlimen Sabah di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil dua wakil Kementeriani Kewangan dan Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk  memberi keterangan.

Ketiga-tiga individu berkenaan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) MOF, Datuk Johan Mahmood Merican; Timbalan KSP (Pelaburan) MOF, Datuk Dr Shahrazat Ahmad; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, Datuk Wan Kamarul Faisal Wan Kamarudin.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin prosiding berkenaan dijadualkan bermula 3.30 petang ini.

“Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, PAC memilih untuk mengadakan prosiding LADA yang diambil daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun (LKAN) 2022,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, selain prosiding LADA jawatankuasa berkenaan juga memulakan prosiding berkaitan isu Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 6 Disember dan  pengurusan Program Penanaman Padi, 13 Disember tahun ini.

“Juga prosiding dimulakan nanti adalah Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAX) dan Foreign Workee Centralized Management System (FWCMS) pasa 5 Disember; Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar pada 12 Disember.

“Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara dan Pengurusan Naik Taraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah masing-masing pada tahun depan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan PAC juga akan mengadakan prosiding Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD corp pada 6 Disember.

“Saksi adalah Ahli Lembaga Pengarah HRD Corp iaitu Datuk Raiha Azni Abd Rahman dan Datuk Palaniappan Joseph,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata sepanjang persidangan Dewan Rakyat tahun ini, jawatankuasa tersebut  telah mengadakan sembilan prosiding.

Beliau berkata, pihaknya juga membentangkan empat laporan termasuklah Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan bagi tempoh Oktober tahun lalu hingga Mei tahun ini.

Ujar beliau, prosiding maklum balas semua laporan diadakan tahun depan bermula Febuari untuk mengetahui tindakan kementerian dan syor yang dikemukakan kelak sebelum membentangkan Laporan Tindakan Susulan.

“Selain itu tiga lagi laporan adalah Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Kedua (LCS) bagi tempoh Jun hingga September tahun ini; Laporan Pengurusan Wabak Covid-19 dan Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“PAC berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan saksi,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast